kaedah Pengesanan yang sedang dibangunkan Nyahranjau

Pada tahun 2003, Rand Corporation menerbitkan lapuran menyeluruh mengenai kaedah inovasi bagi pengesanan periuk api darat.[21]

Kaedah Eletromagnet Maju

Radar penembus tanah

Pengesan logam biasa bergantung kepada isyarat eletromagnet dengan frekuensi dalam julat 10–100 kHz, yang tidak sensitif kepada badan periuk api plastik atau kayu dan blok bahan letupan itu sendiri. Satu-satunya bahagian periuk api rendah logam yang mereka mungkin dapat kesan adalah peledak. Isyarat frekuensi lebih tinggi (pada tahap 1 GHz) digunakan bagi Radar Penembus Tanah ("Ground Penetrating Radar - GPR") dan isyarat ini turut sensitif kepada bahagian bukan logam periuk api. Malangnya, mereka juga terjejas oleh objek tidak merbahaya seperti akar pokok dan batu dan perubahan kelembapan tanah tempatan, ianya sukar bagi membezakan periuk api pada gambar GPR.

Penderia berkembar

Pendekatan kacukan yang menggunakan kedua-dua penderia GPR dan pengesan logam dalam satu peranti telah dibangunkan oleh beberapa syarikat dan organisasi penyelidikan.

Pengesanan Biologi

Lebah madu

Penyelidikan terkini oleh Universiti Montana telah mendedahkan bahawa lebah madu dengan latihan minima, boleh digunakan bagi mengesan periuk api dengan ketepatan lebih tinggi dan kadar pembersihan lebih tinggi berbanding anjing atau tikus.[22]

Mamalia

Kajian terkini dengan Tikus Gambia Gergasi Berpoket, juga dikenali sebagai Tikus Berpoket Afrika Gergasi, tealh menunjukkan bahawa ia memiliki deria bau yang sensitif, boleh dilatih dengan dorongan hadian makanan, dan biasanya terlalu kecil untuk meledakkan periuk api.[23] Tikus-tikus ini turut menawarkan penyelesaian tempatan kepada kebanyakan negeri Afrika kerana ia tempatan di Afrika Timur. Tikus-tikus ini dilatih oleh organisasi penyelidik bukan laba yang dikenali sebagai APOPO dan dikenali sebagai "HeroRAT".Tambahan lagi, ujian dengan tikus panduan elektrod mencadangkan bahawa nyah ranjau boleh dilakukan dengan tikus robot "ratbots" dipandu ke kawasan yang tidak boleh dicapai manusia.[24]

Jurutera Thrishantha Nanayakkara dan rakan sejawatnya di Universiti Moratuwa di Sri Lanka telah mencipta kaedah di mana cemperlai kerdil dilatih bagi mengesan periuk api dengan bau dan memandu robot kawalan jauh.[25][26]

Program Mamalia Laut Tentera laut Amerika Syarikat menggunakan gajah laut dan dolfin, antara spesies lain, bagi mengesan periuk api laut.[27]

Pokok

Pokok mustard Arabidopsis thaliana, merupakan salah satu tumbuhan paling baik dikaji di dunia, biasanya bertukar menjaid merah di bawah keadaan teruk. Tetapi menggunakan gabungan mutasi semula jadi dan pengubahan genetil, ahli sains dari syarikat bioteknologi Danish Aresa Biodetection, mencipta jenis yang hanya bertukar warna sebagai tindak balas kepada nitrous oksid yang bocor dari periuk api dan bahan letupan lain. Oleh kerana nitrous oksida juga boleh dibentuk oleh bakteria denitrifying, terdapat risiki positif palsu menggunakn teknik ini, dan penyelidik cuba menjadikan pokok ini kurang sensitif. Pokok ini mampu membantu nyah ranjau dengan menunjukkan kehadiran periuk api melalui pertukaran warna, dan boleh disemai dari kapal terbang atau orang yang berjalan melalui laluan nyah ranjau di medan periuk api.. Sehingga Februari 2005, tiada kahian dibuat dengan periuk api sebenar, sungguhpun kajian berjaya telah dilakukan dalam rumah hijau. Bagi menghalang penyebaran organisma yang dibuah secara genetik secara liar, tumbuhan ini diubah lebih lanjut agar ia bercambah hanya apabila diberikan faktor pertumbuhan luaran.[28]

Bakteri

Bakteria, yang dikebali sebagai bioreporter, telah dijurutera secara genetik agar bercahaya di bawah cahaya utra ungu dengan kehadiran TNT. Ujian termasuk pentemburan bakteria sedemikian di atas medan periuk api tiruan berjaya menentukan periuk api. Di medan ini, kaedah ini mampu membenarkan pencarian beratus-ratus ekar dalam tempoh beberapa jam, yang merupakan lebih pantas berbanding kaedah lain, dan boleh digunakan untuk beberapa jenis muka bumi. Sungguhpun terdapat positif palsu (terutama berhampiran pokok dan penyaliran air), tiga aunse TNT mampu dikesan menggunakan bakteria ini. Malangnya, tidak terdapat strain bakteria lain berupaya mengesan RDX, bahan letupan biasa yang lain, dan bakteria ini mungkin tidak kelihatan di bawah keadaan gurun. Juga, bahan letupan yang dibina dengan elok yang tidak mempunyai cukup masa untuk terhakis mungkin tidak dapat dikesan menggunakan kaedah ini.[29]

Pengesanan Nuklear

Terdapat dua teknik utama bagi mengesan periuk api daratan menggunakan nuklear. Kedua-dua kaedah bergantung kepada penggunaan neutron.

Teknik pertama bergantung kepada fakta bahawa sebahagian besar bahan letupan yang digunakan dalam periuk api adalah kaya dengan nitrogen berbanding bahan lain. bagi menentukan kelainan sebegini seseorang boleh menggunakan tindak balas nuklear

14(n, ƒֱ)15N (10.8 MeV)

Secara amalan sistem pengesanan menggunakan kaedah ini bertindak dengan mengenakan periuk api tersebut kepada haba neutron ketika melihat ciri-ciri pancara gama yang dipancarkan dari nitrogen-15 dalam keadaan teruja; photon ini hanya boleh dipantau apabila objek mengandungi nitrogen didedahkan kepada pancaran neutron.[30] Salah satu kemungkinan punca neutron adalah californium-252 yang melalui pelakuran nuklear ("Nuclear fission") secara sendiri. Sumber neutron lebih baik adalah tiub electrostatik D-T tertutup tiub penjana neutron, ia memiliki kelebihan bahawa tritium yang kurang radiotoksik berbanding californium dengan itu dalam kes kemalangan seperti letupan kelengkapan pengesan periuk api nuklear akan memberikan ancaman lebih kurang kepada manusia. Pengesan letupan jenis ini telah dicadangkan bagi bagi kegunaan keselamatan lapangan terbang dan bagi pengesanan bahan letupan dalam lori yang memasuki pengkalan tentera.[31][32][33]

Satu cara lain bagi mengesan periuk api daratan adalah melalui tindak balas nuklear dengan bantuan neutron adalah pengukuran penghabaan neutron. Menggunakan teknik ini tanah dipancar dengan neutron pantas dan perubahan haba neutron yang dipantul kembali akan diukur. Motivasi bagi teknik ini adalah bahan letupan mengandungi tumpuan hidrogen yang lebih tinggi, yang merupakan penyenderhana ("moderator") amat berkesan bagi neutron.[34]

Pengesanan Akoustik

Juga adalah mungkin bagi mengesan periuk api darat dengan menghala gelombang bunyi ke tempat yang hendak ditentukan, dan kemudiannya menggunakan laser bagi mengesan gegeran di permukaan tanah dengan menggunakan peralihan Doppler - teknik ini dikenali sebagai Laser Pengimbas Pengukur Getaran Doppler ("Scanning Laser Doppler Vibrometry"). Peranti sedemikian telah dibina, contoh, di Universiti Mississippi,[35] at MIT[36] and by the Keyser-Threde Company.[37]